Friday, January 27, 2012

Jenis-jenis kain untuk membuat T-Shirt

Sebenarnya ada berbagai-bagai jenis kain yang digunakan untuk membuat t-shirt. Ini antaranya :-


  • CVC 40 Double Interlock



  • CVC Honey Comb



  • CVC Honeycomb Lacoste



  • CVC Wafer



  • CVC Lacoste



  • Fully Comb Woven Coller



  • 100% Cotton Mini Twill



  • 100% Cotton Turbular



  • Double Interlock



  • 100% Interlock Vertical Line with Jacquard



  • Micro Fibre



  • Cotton Round Neck




  • 5 jenis kain yang biasa digunakan untuk membuat t-shirt.

    1. Tetra Cotton (TC 26)
    Jenis kain selalu mendapat permintaan kerana kain ini sangat sesuai dipakai oleh muslimah-muslimah kerana ianya tidak menampakkan bentuk tubuh si pemakai berbanding dengan kain jenis cotton yang terlalu lembut dan mudah membentuk tubuh si pemakainya. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch.


    2. Cotton 100%
    Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakkan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat melebar (scretch/shrinkage).


    3. CVC/Lacoste
    Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.


    4. Micro Fibre
    Kain jenis ini amat selesa dipakai. Kebiasaannya kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh dan juga menyebabkan terasa cepat panas. Kain ini lebih mahal dari kain TC, Lacoste dan juga Cotton.


    5. Cotton Interlock
    Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kain jenis ini jenis tebal tetapi lembut dan tidak panas. Sesuai dipakai di dalam dan luar bangunan. Biasanya orang yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.


    Sekadar perkongsian untuk maklumat tambahan.

    **credit to www.t-shirtsolution.com

    No comments:

    Post a Comment

    Post a Comment