Friday, March 2, 2012

TC vs COTTON

Perbezaan antara TC dan Cotton.

Adalah agak sukar bagi pembeli untuk mengetahui perbezaan antara TC dan Cotton jika pihak penjual tidak jujur atau tidak nyatakannya. Perbezaannya boleh dikesan melalui beberapa cara seperti :-


1. Cotton grade biasa akan mengembang atau mengecut selepas beberapa kali basuhan.
- Cotton grade tinggi tahan 'shrinkage'.
2. TC (TETERON COTTON) adalah campuran dari Cotton Combed 35 % dan Polyester (Teteron) 65%. Kelebihan TC adalah lebih tahan ’shrinkage’ (tidak mengecut atau mengembang) meskipun dicuci banyak kali.


1. Warna kain cotton grade biasa akan pudar dan kusam selepas beberapa kali basuhan.
- warna cotton grade tinggi tidak akan luntur.
2. Warna TC akan kekal lebih lama.


1. Warna kain cotton grade biasa kelihatan kurang menyerlah walaupun dalam kondisi baru.
-warna cotton grade tinggi kelihatan neutral.
2. Warna TC lebih terang dan menyerlah.


1. Cotton grade biasa kurang panas dan selesa dipakai.
-cotton grade tinggi selesa dan lembut dipakai serta tidak panas.
2. TC panas sedikit dari cotton tetapi tetap selesa dipakai.

*  Hakikatnya, kebanyakan t-shirt yang ada di pasaran adalah terdiri dari kain TC cuma ia tidak dinyatakan sebagai TC tetapi dinyatakan sebagai Cotton. Kain TC yang telah dicelup dengan bahan pelembut akan kelihatan 99% seperti cotton.


Kami harap dengan sedikit perkongsian maklumat ini, kita akan mendapat manfaatnya.

**credit to humaira design